Kurikulum

Mukadimah
Kurikulum Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) merupakan satu kurikulum pra-sekolah yang dibina khusus untuk pengajian kanak-kanak berumur 5-6 Tahun berdasarkan Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Falsafah Pendidikan PASTI (FPP) yang melibatkan anak-anak PASTI dan guru (mualimah).

Rekabentuk Kurikulum PASTI
Oleh kerana Kurikulum Pendidikan Islam berpaksikan kepada Tauhid (Ketuhanan) dan matlamatnya untuk membina ‘Sahsiah Islamiah’ yang mencernakan dua ciri kemanusiaan yang sangat penting iaitu kehambaan diri kepada Allah (Ibadatullah) semata-mata dan kelayakan diri sebagai (khalifatulla Fil-Ard) maka untuk mencapai matlamat ini memerlukan pelaksanaan yang berkesan. Ini bermakna dengan sendirinya proses pendidikan melibatkan pengajaran dan pembelajaran serta pengasuhan teori-teori Pendidikan semasa (educational theories) bagi melaksana dan menjayakan program-program pendidikan.

Walau bagaimanapun kaedah-kaedah dan teknik-teknik pendidikan semasa yang tidak bertentangan dengan Islam boleh membantu kepada pelaksanaan pendidikan Islam bolehlah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Pembentukan Kurikulum PASTI mengambil kira turutan (sequences) dan perseimbangan (equilibrium) bagi mempastikan model ini berkesan dan mencapai objektifnya. Sebagaimana yang dinyatakan bahawa teras utama pendidikan PASTI ialah Ketuhanan, maka semua aspek, konsep, pendekatan serta perkaitannya dengan semua mata pelajaran menjurus kepada mencapai keredaan Allah SWT. Kurikulum ini akan menentukan hala tuju dan corak hidup anak-anak PASTI yang akan berdepan dengan cabaran semasa sebagai garis pemisah kehidupan yang haq atau batil, baik dan jahat, berbahagia atau celaka.

Matapelajaran

  • Iqro’
  • Asas Jawi
  • Program Cepat Membaca (PCM)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Matematik
  • Sains
  • Sirah
  • Akhlak
  • Tauhid
  • Feqah
  • Amali Solat
  • Riadah/Komputer
  • Kreativiti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: