Tahniah pelajar PASTI!

10 11 2008
Perasmian Konvokesyen oleh Ustaz Ariffin Deraman

Perasmian Konvokesyen oleh Ustaz Ariffin Deraman

Alhamdulillah. Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Pantai Barat Ke-18 telah selamat dijayakan semalam. Seramai 176 orang pelajar PASTI telah menerima Sijil Tamat PASTI. Daripada jumlah itu, seramai 13 orang graduan kecil ini adalah dari PASTI As-Syifa. Tahniah diucapkan. PASTI Wilayah Persekutuan juga menyambut Ihtifal PASTI ke-20 pada hari yang sama.

Majlis Konvokesyen telah dirasmikan oleh Ustaz Ariffin Deraman, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Cikgu Anuar Ali pula selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah di dalam ucapannya  menyentuh tentang perkembangan PASTI di Sabah dan masa depan pelajar PASTI di mana terdapat satu kawasan yang 100% penduduknya bukan Islam telah meminta agar PASTI ditubuhkan di kawasan mereka. Ini menunjukkan bahawa PASTI mempunyai prospek masa depan yang cerah di Sabah.

Pelajar Terbaik PASTI As-Syifa disandang oleh adik Amirah Mujtahidah Mohd Khaidir (6 tahun).

Pelajar Terbaik Pasti As-Syifa - Adik Amirah (6 Tahun)

Pelajar Terbaik Pasti As-Syifa - Adik Amirah (6 Tahun)

Berikut adalah senarai penerima hadiah mengikut kedudukan di dalam kelas.

6 TAHUN

  1. Amirah Mujtahidah Mohd Khaidir
  2. Mohd Nasiruddin Mohd Nasir
  3. Mohd Adam Subhan

5 TAHUN

  1. Ahmad Zakwan Zahari
  2. Sarah Aisyah Marsela Mohd Saharuddin
  3. Ahmad Ubaidah Mohd Anuar

4 TAHUN

  1. Hajar Khadijah Sofea Mohd Saharuddin
  2. Nurain Farhana Asrul Syardi
  3. Sofea Maisarah

Berikut pula adalah pelajar PASTI As-Syifa yang menerima Sijil Tamat PASTI.

  1. Aina Sofiya Mohd Helmi
  2. Amir Mahdi Rosmin
  3. Amirah Mujtahidah Mohd Khaidir
  4. Abdul Muhaimin Mohd Hafiz
  5. Auni Mardhiah Mohd Anuwa
  6. Imran Norzam
  7. Mohd Adam Subhan
  8. Mohd Adam Wafiq Celemans
  9. Mohd Azim Mohd Helmi
  10. Mohd Nasiruddin Mohd Nasir
  11. Muzaffar Fareez Amyzan Wellmont
  12. Nurfarisya Samsuri
  13. Siti Syafiqah Khairul Anwar

Suasana di Dewan Saadah amat meriah. Majlis diserikan dengan bacan Al-Quran, ucapan wakil pelajar, ucapan wakil Ibubapa, persembahan deklamasi sajak, persembahan pidato dan nasyid oleh Pusat Pendidikan Islam An-Nur. Seronok sekali melihat adik-adik PASTI pada hari konvokesyen ini. Lihatlah gambar-gambar yang diambil secara kandid ini. Maklumlah kanak-kanak bukannya tahu duduk diam. Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah.

Akhir kata, Selamat Maju Jaya PASTI dan anak-anak PASTI kerana mereka adalah bayangan masa depan!

Pelajar PASTI bersama trofi masing-masing

Pelajar PASTI bersama trofi masing-masing

Sementara menunggu pemberian hadiah

Sementara menunggu pemberian hadiah

Antara ibubapa yang turut hadir

Antara ibubapa yang turut hadir

Adik Nurfarisya dan Adik Sarah

Adik Nurfarisya dan Adik Sarah

Dari kiri - Cikgu Nor, Cikgu Anne dan Cikgu Huda bersama pelajar PASTI

Dari kiri - Cikgu Nor, Cikgu Anne dan Cikgu Huda bersama pelajar PASTI


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: